![](https://images.rapgenius.com/eb99a78bea6627b9d5c7f7d38feaaac5.1000x662x1.jpg)
BRITA7 - Rasulullah SAW dalam hidupnya ternyata pernah mengalami sihir dengan Simpul Buhul dan sihir tersebut dari rontokkan rambut Beliau.
Kisah ini disebutkan oleh At-Tsa'alibi dalam tafsirnya dan dinukil oleh Ibnu katsir, Dari
Ibnu Abbas dan A'isyah radhiyallahu 'anhuma menceritakan:
"Dulu
ada seorang remaja Yahudi yang menjadi pelayan Nabi shallallahu 'alaihi wa
sallam. Sehingga, datanglah beberapa orang Yahudi menemui anak ini. Sampai
akhirnya si remaja ini mengambil rontokan rambut kepala Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam dan potongan sikat rambut, dan dia berikan kepada orang
Yahudi. Akhirnya, mereka gunakan rambut ini sebagai bahan untuk menyihir Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam. Pelaku sihir adalah seorang Yahudi Bani Zuraiq,
namanya Labid bin A'sham. Simpul sihir dari rambut tersebut di tanam di telaga
milik Bani Zuraiq, namanya sumur Dzarwan".
Kerana
pengaruh sihir ini, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jatuh sakit, sehingga
rambut beliau mudah gugur. Beliau seolah-olah melakukan sesuatu dengan
isterinya padahal tidak melakukan apa-apa. Sampai akhirnya beliau bermimpi,
beliau melihat ada dua malaikat yang datang. Yang satu duduk di dekat kepala
beliau dan yang satu duduk di dekat kaki beliau.
Malaikat
pertama bertanya, "Apa yang terjadi dengan orang ini?" "Dia tersihir."
Jawab malaikat kedua. "Siapa yang menyihir?" Tanya malaikat pertama.
"Labid bin A'sham orang Yahudi." Jawab malaikat kedua. "Dengan
apa dia disihir?" Jawabnya: "Dengan rambut dan potongan sikat."
"Di mana simpul sisirnya?" Jawabnya: "Dibungkus kulit mayang
kurma, ditindih batu, di dalam sumur Dzarwan." Nabi shallallahu 'alaihi wa
sallam terbangun. Kemudian beliau berangkat ke sumur Dzarwan di Bani Zuraiq
bersama Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awam, dan Ammar bin Yasir.
Ali
diperintahkan untuk mengambil batu itu, untuk mengeluarkan bungkus simpul
sihir. Ketika itu, Allah menurunkan dua surat Al-Muawidzatain (surat Al-Falaq
dan An-Nas). Sebelumnya, Ali bin Abi Talib diperintahkan untuk membaca dua
surat tersebut. Ternyata di dalamnya ada beberapa helai rambut dan potongan
sisirnya. Di sana juga ada ikatan buntalan jumlahnya ganjil. Selanjutnya benda
itu dimusnahkan dan sumurnya ditutup.
Seketika
itu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam langsung terasa ringan dan hilang
pengaruh sihirnya. Setelah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kembali, beliau
sampaikan kepada isterinya:
يا عائشة, كأن ماءها
نقاعة الحناء, أو كأن رءوس نخلها رءوس الشياطين
"Hai
Aisyah, air perigi itu seperti terkena daun pacar (inai). Atau seolah pangkal
mayang kurma seperti kepala syaitan. "(HR. Bukhari 5763)
Imam
Ibnul Qoyim dalam Zadul Ma'ad berkata:
"Cara
menyembuhkan sakit ini ada dua, di antaranya adalah mengeluarkan sumber sihir
dan memusnahkan ia. Ini adalah cara yang paling sempurna. Sebagaimana terdapat
riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa beliau
berdoa kepada Allah tentang sumber sihir yang menimpa beliau, kemudian Allah
tunjukkan bahawa pangkalnya ada di dalam sumur, dengan rambut dan potongan
sikat dibungkus mayang kurma jantan. Ketika benda itu dikeluarkan, pengaruh
sihir itu langsung hilang, seolah beliau baru bebas dari ikatan. Inilah kaedah
yang paling ampuh untuk mengubati orang yang terkena sihir. Seperti halnya
menghilangkan sumber penyakit dalam tubuh (Zadul Ma'ad, 4: 113)"
Rujukan
Al-Muntaqa min Fatawa asy-Syaikh Shalih al-Fauzan, jilid 2, hal. 57-58. Disalin
dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 3, penerbit Darul Haq, dalam
Abuubadah.Wordpress.com
Diantara
hikmah dari kisah tersihirnya Rasulullah seperti yang saya kutip dari
Muslim.Or.Id ialah, dalam diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
terdapat suri tauladan bagi umatnya. Jika salah seorang dari umatnya terkena sihir,
maka sungguh orang yang lebih baik darinya (yaitu Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam) pun juga pernah terkena sihir. Bersamaan dengan itu, beliau
tidak meminta pertolongan kepada tukang sihir, atau dukun, atau dajjal (untuk
melawan sihir yang menimpa beliau -pent). Akan tetapi, beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam hanya meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala.
Jika
salah seorang dari umatnya ditimpa kefakiran, maka sungguh orang yang lebih
baik darinya (yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) pun pernah
mengikatkan batu di perutnya (untuk menahan rasa lapar). Jika salah
seorang dari umatnya ditimpa cobaan (dengan musibah), maka Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam pun juga pernah ditimpa cobaan. Jika salah
seorang dari umatnya diganggu atau disiksa, maka pada diri beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam terdapat suri tauladan (yaitu pernah diganggu dan disiksa).